Najib sukar berjuang melalui mahkamah, kata Puad Zarkashi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui jalan yang sukar untuk berjuang di mahkamah, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, hal itu selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh peguam negara (AG) bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan berhubung titah adendum berkaitan tahanan rumah terhadap Najib.

Katanya, perkara itu bukan sahaja menyebabkan kekecewaan terhadap Najib, tetapi juga kepada ahli-ahli UMNO yang menyokong keadilan ditegakkan.

“Ia menguatkan lagi dakwaan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Abdul Rahman Sebli bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil.

“Maknanya Najib terpaksa tunggu lagi lama. Kita hairan kenapa ‘Peguam Negara Baru’ meneruskan tindakan Peguam Negara lama. Najib terpaksa berjuang di Mahkamah membuktikan titah adendum wujud.

“Agong ke-16 (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengakui kewujudannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This