Amirudin, PKR Selangor nyatakan sokongan Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEREBUTAN untuk jawatan Timbalan Presiden PKR semakin hangat diperkatakan menjelang pencalonan peringkat Pusat esok dengan semakin ramai pimpinan negeri mula menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah untuk diangkat ke jawatan nombor dua parti itu.

Terbaharu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut sama menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden.

Perkara itu dinyatakan Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor bersama pimpinan dari seluruh cabang di negeri berkenaan.

Menurut Amirudin, Nurul Izzah merupakan antara wajah utama kepada perjuangan parti yang kekal terus istiqamah sejak hari pertama percaya kepada semangat reformasi.

Beliau berkata, PKR tidak hanya memerlukan pemimpin yang mahir berpidato atau memenangi kerusi semata-mata tetapi juga memerlukan pemimpin yang memahami denyut nadi anggota, bersedia mendengar akar umbi dan tahu meletakkan parti mengatasi kepentingan peribadi.

“Hari ini, ketika negara memasuki fasa yang semakin mencabar dari segi politik, ekonomi dan sosial, PKR mesti dipimpin oleh barisan kepimpinan yang bukan sahaja memahami akar sejarah parti, tetapi juga mempunyai halatuju yang jelas, mampu menguatkan struktur dalaman parti, dan menyatukan suara anggota dari bawah ke atas.

“Parti ini perlu seorang Timbalan Presiden yang tidak terikat dalam pentadbiran kerajaan tetapi boleh memberi fokus kepada mengukuhkan kekuatan dalaman parti.

Baca artikel lain: PKR Pahang turut sokong pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden

“Kita perlukan sosok yang boleh memberi sepenuh tenaga untuk mempersiapkan PKR menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan strategi kukuh, struktur tersusun dan semangat anggota yang segar,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu turut didukung Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor, Datuk Borhan Aman Shah; Naib Pengerusinya, Hee Loy Sian; dan ketua-ketua cabang negeri itu.

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Ketua Cabang PKR Gombak berkata, Nurul Izzah bukanlah watak baharu tetapi telah berjuang sejak muda dengan menjadi suara anak muda dalam zaman penuh getir, ditahan dan dihina, namun tidak pernah meninggalkan medan perjuangan.

Katanya, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga membina nama bukan kerana nama keluarganya tetapi kerana keteguhan prinsip dan keberanian berdiri untuk kebenaran.

Amirudin turut menaruh keyakinan bahawa PKR dapat menyusun semula barisan yang kuat, menyemai semula kepercayaan rakyat dan memastikan kekal relevan, progresif dan berwibawa sekiranya Nurul Izzah diangkat sebagai Timbalan Presiden.

“Beliau juga telah membuktikan kredibilitinya dalam dua penggal sebagai Ahli Parlimen, sebagai Naib Presiden parti, serta sebagai pemikir dasar yang komited. Dalam dan luar negara mengiktiraf ketokohan beliau, tetapi yang paling utama anggota parti tahu siapa beliau, dan tahu apa yang telah beliau korbankan untuk PKR.

“Kita perlukan kepimpinan yang bersedia ‘toe the line’ bersama anggota, yang faham denyut nadi parti dan yang tidak meletakkan diri di atas, tetapi di sisi perjuangan rakyat.

“Kepimpinan Presiden memerlukan gandingan yang mantap dan Nurul Izzah mampu menjadi rakan setia, penasihat jujur dan tenaga penggerak yang berani menyatakan kebenaran demi parti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This