TOPIK berkenann perubahan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) harus dibincangkan secara dalaman dan bukan secara terbuka.
Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Harris Idaham Rashid berkata, rakyat sudah bosan dengan rebutan kuasa di peringkat jawatan dalam kerajaan mahupun jawatan dalam parti politik.
Katanya, rakyat Malaysia mendambakan idea-idea dasar yang mampu menyelesaikan masalah mereka.
“Armada ingin menegaskan bahawa PN harus menumpukan soal kos sara hidup rakyat, pendemokrasian pendidikan dan strategi dagang yang baharu untuk mengelak daripada impak kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS).
“PN perlu membuktikan kepada rakyat bahawa kerjasama politik ini adalah Government in Waiting dengan idea-idea pentadbiran yang meyakinkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Pemuda Pas menyifatkan seruan supaya rombakan dilakukan dalam pentadbiran PN oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai satu wake-up call yang tepat pada waktunya.
Ketua Penerangannya, Nadzir Helmi berkata, PN sedang menempah kegagalan sekiranya pentadbiran gabungan politik itu kekal statik, tidak progresif dan tidak tidak responsif terhadap cabaran semasa.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Harris Idaham berkata, Armada bersetuju bahawa strategi progresif dan dinamik perlu diperkemaskan untuk memastikan PN dapat melebarkan pengaruh dikalangan semua lapisan rakyat Malaysia tidak mengira kaum atau bangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

