PERJUANGAN membela nasib rakyat Palestin disifatkan melangkaui isu agama, politik atau sempadan negara.
Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan usaha membela nasib rakyat Palestin itu merupakan perjuangan untuk keseluruhan hak asasi manusia.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menyatakan sokongan dalam perjuangan Malaysia membela nasib saudara semanusia di Gaza, Palestin.
“Kita teruskan komitmen ini demi dunia yang lebih adil dan berperikemanusiaan.
“Malaysia sememangnya sesuai untuk memainkan peranan ini kerana kita telah buktikan yang kita mampu bersatu sebagai satu suara, walaupun dari latar belakang yang pelbagai,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Culik pakar teknologi maklumat warga Palestin, 30 saksi akan dipanggil beri keterangan
Beliau turut berkongsi sekeping gambar pertemuannya dengan Naib Presiden PKR itu bagi mengadakan perbincangan berhubung sokongan terhadap rakyat Gaza.
Menerusi hantaran sama, Azalina turut mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah atas pencalonan sebagai Timbalan Presiden PKR menjelang pemilihan parti itu, akhir bulan ini.
“Semoga ini menjadi titik permulaan untuk lebih ramai wanita menyertai bidang politik arus perdana.
“You go, girl! And Happy Mother’s Day to you!” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

