MH17: Kementerian Pengangkutan akan keluar kenyataan berhubung keputusan ICAO – Fahmi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pengangkutan sedang berkoordinasi dengan Wisma Putra berkaitan keputusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berhubung insiden melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada tahun 2014.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kenyataan berkenaan perkara tersebut dijangka dikeluarkan dalam tempoh masa terdekat.

“Jemaah Menteri juga telah meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak ICAO yang mana ia adalah berkenaan dengan penembakan pesawat MH17 yang berlaku pada Julai 2014.

“Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa satu kenyataan media akan diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan sebagai maklum balas kepada kenyataan daripada ICAO.

“Kita boleh jangkakan dalam masa terdekat, ada sedikit koordinasi dengan Wisma Putra,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Baca artikel lain: Ahmad Zahid pengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, wakili PM

ICAO kelmarin memutuskan Russia bertanggungjawab atas insiden tembakan jatuh sebuah pesawat penerbangan Malaysia di ruang udara Ukraine pada 2014 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, menurut kenyataan kerajaan Belanda.

ICAO, sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mempunyai 193 negara anggota.

Dalam kenyataan itu, kerajaan Belanda berkata, ICAO akan mempertimbangkan bentuk pampasan yang wajar dalam beberapa minggu akan datang.

Penerbangan Malaysia Airlines MH17 berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 dan ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine ketika pertempuran sengit antara puak pemisah pro-Russia dan tentera Ukraine.

Pada November 2022, hakim-hakim Belanda mensabitkan dua lelaki Russia dan seorang lelaki Ukraine tanpa kehadiran mereka atas tuduhan membunuh di atas peranan mereka dalam serangan berkenaan.

Moscow menyifatkan keputusan itu sebagai ‘memalukan’ dan berkata, ia tidak akan mengekstradisi warganegaranya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This