Lelaki ditahan selepas baling kerusi, ugut tikam guna garfu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut menikam menggunakan garfu dan mendatangkan kecederaan dalam kejadian di perkarangan Restoran Madeena, Kubota Sentral, Tawau, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh memaklumkan, suspek warga tempatan berusia 33 tahun itu telah ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Sin Onn, Tawau.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu daripada mangsa.

Champin berkata, mangsa yang juga lelaki berusia 28 tahun mendakwa telah dipukul dan ditumbuk oleh suspek.

“Suspek kemudiannya didakwa telah mengacukan garfu ke arahnya serta mengugut untuk menikam mangsa.

Baca artikel lain: Pemandu Vios pandu melulu, berbahaya ditahan polis

“Dalam kejadian sama, suspek turut membaling kerusi ke arah kenderaan mangsa sehingga menyebabkan calar pada bahagian pintu penumpang belakang,” katanya dalam kenyataan.

Champin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Pada masa sama, katanya, kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri dalam menyelesaikan masalah pertikaian sebaliknya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This