SEBANYAK 6,982 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini – kurang enam (6) berbanding semalam.
Kes baharu hari ini juga menyaksikan hari keempat berturut-turut penularan harian COVID-19 melebihi angka 6,000.
Buat kesekian kalinya, Selangor melaporkan kes tertinggi dengan 2,907 penularan, sedikit penurunan berbanding semalam yang melaporkan 2,885 kes.
Ini diikuti dua jirannya iaitu Kuala Lumpur (637 kes) dan Negeri Sembilan (606 kes).
Secara kumulatifnya, Selangor yang merupakan negeri paling ramai penduduk itu telah melaporkan suku juta kes COVID-19 setakat ini.
Data tersebut dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusia media sosial beliau sebentar tadi.
Selain itu, Johor mencatatkan 517 kes baharu – peningkatan hampir 100 peratus berbanding semalam.
Jika semalam, Johor hanya melaporkan 270 kes.
Turut menyaksikan peningkatan ketara ialah Pahang, daripada 195 kes semalam kepada 329 kes hari ini.
Sementara itu, beberapa negeri mencatatkan penurunan kes antaranya Melaka, daripada 311 kes semalam kepada 202 kes.
Turut turun, Sarawak yang melaporkan 440 kes hari ini, turun 144 kes berbanding semalam.
Perlis pula melaporkan sifar pertambahan kes manakala Terengganu dan Kelantan masing-masing melaporkan 44 dan 129 kes.

Baca artikel berkaitan: Rt COVID-19 naik lagi, Pahang, Melaka tertinggi
6,988 kes baharu, lebih separuh di Selangor dan KL
Berikut pecahan kes mengikut negeri.
Sehingga 2 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,982 kes (765,949 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,907 (254,543)
WPKL – 637 (79,303)
Johor – 517 (71,611)
Sabah – 230 (69,907)
Sarawak – 440 (65,835)
Negeri Sembilan – 606 (46,178)
Kelantan – 129 (35,048)
Pulau Pinang – 351 (35,020)
Perak – 182 (26,959)
Kedah – 257 (25,776)
Melaka – 202 (18,928)
Pahang – 329 (14,190)
Terengganu – 44 (11,295)
WP Labuan – 131 (8,429)
WP Putrajaya – 20 (2,332)
Perlis – 0 (595)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

