Dr Noor Hisham Abdullah

KES baharu COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan dengan 4,046 jangkitan dilaporkan hari ini.

Walaupun masih rendah berbanding beberapa negara di Asia Tenggara, namun ini merupakan kali pertama kes harian melebihi angka 4,000 dalam tempoh lebih sebulan.

Kali terakhir kes harian melepasi angka 4,000 ialah pada 18 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2.824 juta.

“Pada 21 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,046 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,824,973 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

Baca: 3,764 kes baharu COVID-19, tertinggi untuk 2022

1,530 unit kit ujian COVID-19 dijual tanpa kebenaran dirampas

Omicron: Kalau London, London lah kita sekat, tetapi fakta jelas kes tertinggi dari Arab Saudi – KJ

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Susulan penularan varian Omicron, kes baharu di kebanyakan negara kembali menunjukkan trend peningkatan dengan Thailand misalnya mencatatkan 8.640 kes manakala Vietnam (16,715 kes).

Sementara itu, Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 Januari untuk seluruh negara adalah 1.0.

Kuala Lumpur mencatat Rt tertinggi dengan 1.13 manakala terendah ialah Terengganu (0.76).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram