SEORANG guru tadika swasta berusia lewat 50-an telah ditahan polis kerana disyaki mendera empat murid lelaki berusia antara tiga hingga lima tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, guru tersebut telah direman selama enam hari sehingga 7 April ini untuk membantu siasatan.
Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di sebuah tadika swasta di Muar melibatkan guru yang didakwa bertindak kasar atau mendera empat murid.
“Siasatan awal polis mendapati pada 31 Mac, salah seorang ibu kepada mangsa telah menerima rakaman video anaknya telah didera oleh guru berkenaan.
“Kejadian disyaki berlarutan semenjak bulan November 2021.
“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk pemeriksaan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Ugut cederakan mangsa, sindiket Ah Long tumpas
Mengulas lanjut, Shahurinain Jais memaklumkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya, jika sabit kesalahan, hukuman boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat jika perlakuan adalah melibatkan kesalahan jenayah di sisi undang-undang,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

