Negeri bawah BN perlu pinda undang-undang tubuh larangan lompat parti

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA negeri yang berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) diminta meminda undang-undang tubuh atau enakmen negeri masing-masing berhubung akta larangan lompat parti.

Itu merupakan antara hasil yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah meminda undang-undang tubuh atau enakmen negeri itu perlu dilakukan setelah Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini, selesai diwartakan.

Selain itu, Ahmad memaklumkan, mesyuarat MKT turut memperakukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dengan sedikit pindaan terhadap Perlembagaan UMNO yang berkuat kuasa mulai 29 Julai lalu.

“Oleh itu, tidak ada pemilihan jawatan dalam Persidangan Cawangan, mesyuarat perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung serta tiada pemilihan jawatan di semua peringkat pada kali ini.

“MKT merakamkan ucapan terima kasih atas kelulusan yang diberikan itu,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Tidak perlu gaduh, fokus UMNO kini hanya PRU-15 dan bukannya pemilihan – Shahril

Namun begitu, Ahmad memberitahu, mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah membuat ketetapan bahawa persidangan UMNO Cawangan akan berlangsung mulai 15 Ogos hingga 18 September ini.

Pada masa sama, kata beliau, mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian pula ditetapkan pada 7, 8 dan 9 Oktober depan.

“Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian pula diadakan pada 14, 15 dan 16 Oktober manakala Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada 23 hingga 26 November depan,” jelas beliau.

Sementara itu, Ahmad memaklumkan, MKT UMNO turut menggesa jentera parti di semua peringkat menumpukan kepada kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun tarikh masih belum ditentukan.

Terdahulu, Ahmad dalam perkongsian di Facebook memaklumkan, mesyuarat MKT itu yang dipengerusikan Ahmad Zahid turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This