Persatuan pelajar diberi tanggungjawab bersama laksana PerantiSiswa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSATUAN pelajar khususnya majlis perwakilan pelajar (MPP) di institusi pengajian tinggi (IPT) akan diberi tanggungjawab untuk bersama-sama melaksanakan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan pelajar itu akan menjadi pusat rujukan kes rayuan oleh pelajar yang gagal mendapatkan kelulusan permohonan peranti yang dilakukan secara dalam talian.

Menurut beliau, ia sekali gus akan membentuk kerjasama antara jawatankuasa pelaksana di peringkat kementerian bagi rollout PerantiSiswa itu dengan persatuan pelajar.

Annuar berpendapat, ini kerana persatuan pelajar merupakan badan yang paling hampir dengan pelajar dalam memastikan tiada sesiapa pun yang layak tercicir.

“Kita telah bersetuju untuk persatuan-persatuan pelajar khususnya MPP diberi tanggungjawab untuk bersama-sama melaksanakan program PerantiSiswa yang akan digerakkan pada 26 Ogos ini.

“Ini kerana kita dapati ada juga permohonan secara dalam talian yang tidak melepasi saringan.

“Sebagai contoh, semalam saya mendapati ada kes pelajar yang dalam rekod bapanya berpendapatan melebihi garis isi rumah berpendapatan rendah (B40) tetapi pada realitinya bapa dan ibunya telah berpisah sekali gus bapa pelajar itu tidak memberi tanggungan kepada pelajar berkenaan.

Baca artikel berkaitan: PerantiSiswa: Tambahan empat kategori buat pelajar B40

“Jadi kes sedemikian dengan perakuan diberikan persatuan mahasiswa boleh diberikan pertimbangan agar pelajar tak tercicir daripada mendapat kemudahan di bawah program PerantiSiswa,” katanya dalam sidang media hari ini.

Permohonan secara dalam talian bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia sudah dibuka bermula 15 April hingga 15 Mei lalu bagi fasa pertama dan ia menerima kira-kira 100,000 permohonan dan ia sedang ditapis oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebagai kementerian pelaksana.

Fasa kedua program PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu pula telah dibuka mulai 1 Ogos lalu sehingga 30 September dan diperluas kepada penuntut di institut pendidikan guru (IPG) serta siswa siswi di kolej matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan.

Selain itu, program tersebut juga diperluas kepada pelajar yang sedang mengikuti program asasi di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Pada masa sama, ia turut diperluas kepada pelajar semester satu dan dua sekolah menengah atau pelajar Tingkatan Enam serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This