PENGASAS dan Pengerusi Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd., Ali Hassan Mohd. Hassan merupakan antara tujuh individu dilantik sebagai ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGISYTIHARAN harta ketua pegawai eksekutif (CEO) kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu dikuatkuasakan serta dilaksanakan segera.

Saranan itu disuarakan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) yang menyifatkan perkara itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi membuktikan bahawa kerajaan benar-benar serius memerangi rasuah.

Menurut MCW, pihaknya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perkara tersebut, semalam.

MCW turut percaya ia akan membawa pelbagai kesan positif ekoran daripada pelaksanaan peraturan pengisytiharan harta itu.

“Mereka pastinya perlu memberi justifikasi kepada pendapatan yang berlebihan dan terpulanglah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama ada untuk menerimanya atau tidak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: CEO GLC, GLIC perlu isytihar harta kepada SPRM – Perdana Menteri

Mengulas lanjut, MCW turut berharap supaya SPRM menyiasat dengan terperinci pengisytiharan harta tersebut.

Pada masa sama, MCW juga mahu SPRM mengambil segala tindakan yang perlu demi memastikan rasuah dalam kalangan kelompok itu dapat dikekang.

“Ruang dan peluang yang ada pada kelompok ini serta peruntukan atau tender besar yang dikeluarkan agensi tersebut pasti menimbulkan pelbagai keraguan yang munasabah,” jelasnya.

Semalam, Perdana Menteri menegaskan CEO kepada GLC dan GLIC termasuk ahli badan kehakiman perlu mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Perdana Menteri berkata, ketetapan itu diputuskan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang turut memaklumkan perincian kod etika baharu berkenaan akan dibentangkan semula oleh SPRM dalam mesyaurat akan datang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram