NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang pernah menjawat jawatan Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini menyifatkan pelantikan semula ke jawatan itu sebagai kepercayaan besar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohamed Khaled yang juga penyandang Parlimen Kota Tinggi turut merakamkan penghargaan di atas kepercayaan Perdana Menteri melantiknya ke jawatan berkenaan dan berterima kasih kepada kepimpinan parti untuknya mewakili Barisan Nasional (BN).
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan melantik saya sebagai Menteri Pengajian Tinggi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan ini.
“Sudah tentu ini adalah cabaran besar kepada saya bagi memastikan KPT kembali berfungsi sepenuhnya dalam mendepani cabaran era baharu yang pelbagai.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi parti kerana telah memberikan penghormatan kepada saya untuk mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan ini,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
BERITA BERKAITAN Barisan Kabinet 28 menteri, Anwar Menteri Kewangan, Zahid, Fadillah TPM
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, kepada seluruh rakyat di Parlimen Kota Tinggi dan Johor khususnya, beliau berjanji akan mengotakan janji kepada rakyat di Kota Tinggi.
“Terima kasih kepada anda semua yang memberi kepercayaan dan kemenangan kepada saya pada Pilihan Raya ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.
“Ikrar saya untuk memastikan Kota Tinggi akan lebih ke hadapan dengan segala potensi yang dimiliki serta mengusahakan segala peluang baharu yang akan menjadikan Kota Tinggi lebih maju dan sejahtera,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

