PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan khabar angin cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya dikenali sebagai ‘Langkah London’ sebagai terlalu ‘jauh’.
Anwar secara sinis berkata, langkah tersebut sepatutnya boleh dilakukan di dalam negara kerana lebih ‘murah’.
“‘Langkah London’ itu jauh sangat. Patut murah lagi dibuat di ‘Langkah Kajang’,” katanya secara sinis sambil tersenyum.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.
Perdana Menteri mengulas mengenai dakwaan bahawa ada gerakan yang cuba dilakukan beberapa pemimpin bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Kelmarin, media melaporkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan fitnah oleh pihak yang tidak mengenal dosa apabila dikaitkan dengan gerakan sedemikian.
Baca artikel berkaitan: Langkah London: Ismail Sabri dakwa difitnah oleh pihak tak kenal dosa
Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, sejak berakhirnya pilihan raya umum, beliau berdiam diri untuk mengelak daripada menjadi mangsa sebarang fitnah atau spekulasi.
“Saya berdiam diri sejak selepas PRU-15 sehingga kini. Tak ada sebarang kenyataan mengenai UMNO dibuat, tiada kenyataan mengenai kerajaan juga.
“Tujuan saya adalah supaya tiada spekulasi dan fitnah yang mengaitkan saya, tapi pemfitnah yang tidak mengenal dosa ini masih terus mengaitkan saya.
“Sebab itu saya menganggap (tuduhan) ini merupakan tindakan fitnah yang berniat jahat,” katanya.
Terdapat
dakwaan wujud gerakan rahsia dalam cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan membabitkan beberapa pemimpin politik.
Ini termasuk daripada UMNO dan beberapa orang pemimpin pembangkang.
Mereka didakwa, mengadakan pertemuan rahsia di London baru-baru ini dan dituduh sedang mengatur gerakan bagi membuat penjajaran semula politik negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

