PROJEK menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) menjadi lapangan terbang bertaraf antarabangsa sudah memasuki fasa kedua.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, fasa pertama melibatkan kerja-kerja pembinaan telah siap pada 30 April 2024.
Jelas beliau, LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setiap tahun apabila projek tersebut siap sepenuhnya.
“Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei 2024, Kementerian Pengangkutan (MOT) juga sedang meneliti skop teknikal dan anggaran kos bagi melaksanakan pemanjangan landasan di LTSIP dengan tambahan sebanyak 400 meter, menjadikan keseluruhan landasan sejauh 2,800 meter.
“Untuk makluman, LTSIP sudah boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual seperti mana lapangan- apangan terbang domestik yang lain seperti di Kuantan dan Ipoh walaupun tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menambah, kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan negara untuk mewujudkan laluan baharu, termasuk laluan antarabangsa.
Begitpun, katanya, keputusan untuk mewujudkan laluan tersebut adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan berasaskan kepada daya maju komersial dan daya tarikan destinasi tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

