PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan pertubuhan Islam Indonesia, Muhammadiyah di pejabatnya, hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, kehadiran delegasi pimpinan Muhammadiyah itu diketuai Ketua Umumnya, Prof Dr Haedar Nashir.
Menurut Perdana Menteri, pertemuan itu telah membincangkan tentang idea Madani yang telah dikemukakannya di peringkat awal Festival Istiqlal di Jakarta.
Katanya, idea yang telah diutarakannya itu bersama pemikir lain adalah untuk mencari perspektif yang lebih tepat bagi Madani berbanding memakai istilah masyarakat sivil.
“Ia supaya Madani dipilih kerana ia sarat dengan nilai dan maknanya yang tersendiri.
Baca artikel lain: Bacaan kali kedua RUU Perkhidmatan Parlimen esok – PM
“Di kesempatan ini, saya singgung beberapa pengalaman silam dengan tokoh lama Muhammadiyah seperti Buya Hamka,” katanya dalam hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memberitahu, beliau dan pimpinan Muhammadiyah turut bertukar pandangan mengenai cabaran besar umat Islam.
Beliau berkata, ia termasuk dalam bidang pendidikan, peradaban serta perkembangan geopolitik semasa yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rantau ini.
“Pertemuan seperti ini bukan sahaja penting dalam mengeratkan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia, malah ia akan memperteguhkan keyakinan dan iktikad baik kita untuk terus bekerja kuat.
“Insya-Allah, saya percaya melalui kerja keras dan kemahuan yang tinggi, Malaysia dan Indonesia boleh bekerja rapat dalam mengisi harapan ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

