‘Belalang mengaku helang, ular lidi mengaku naga’ – Zahid

Dari Penulis

UMPAMA belalang mengaku helang, ular lidi mengaku naga. Itu perumpaan digunakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menggambarkan situasi pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila parti dengan bilangan kerusi yang sedikit mahu mendominasi kerajaan.

Beliau berkata, UMNO dalam hal ini lebih realistik, sesuai dengan sifat politik sangat dinamik maka lebih baik menterjemahkan kedinamikan itu dilakukan pada pasca PRU-15.

“Insya-Allah selepas kemenangan UMNO dan BN barulah formula, strategi dan pendekatan dalam kerjasama politik bersama parti-parti yang relevan dibentuk yang bersifat melangkaui perbezaan politik, kaum dan budaya dalam kalangan parti politik demi kepentingan rakyat dan negara.

“Kita mesti buta warna politik kaum dan agama sebagaimana amalan BN selama ini untuk memastikan kestabilan politik negara mesti dijalin semula untuk keamanan dan kepentingan semua rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau malam ini.

Jelas Ahmad Zahid, baru-baru ini beliau menyatakan bahawa UMNO dan BN hanya akan terbuka untuk bekerjasama menerusi formula baharu dengan mana-mana parti politik selepas PRU-15.

Baca: Tidak perlu gaduh, fokus UMNO kini hanya PRU-15 dan bukannya pemilihan – Shahril

RoS bagi lampu hijau, pemilihan UMNO boleh diadakan selepas PRU-15

Katanya, semua orang tahu sekarang banyak parti cuba mendekati UMNO dan BN walaupun sebelum ini ada dalam kalangan mereka cuba mengikis dan melemahkan UMNO secara licik.

“Ketika ghairah mahu bekerjasama dengan UMNO, hanya difokuskan pula terhadap kerusi tradisi UMNO agar dikorbankan diberikan kepada mereka. Ada kata mereka tak susah lebih kurang halalkan.

“Ada pula mendakwa parti mereka semakin popular di mata rakyat maka perlu lebih diberikan lebih kerusi.

“Walaupun hakikatnya parti mereka bertanding lebih 50 kerusi namun hakikatnya hanya mampu menang beberapa kerusi sahaja. Tapi kemudian mahu mendominasi kerajaan!,” tegasnya.

Menerusi hantaran itu juga, Ahmad Zahid berkata, perjuangan UMNO BN lebih diyakini kerana rakyat kini sudah sedar dan tidak akan kali kedua diperdayakan dengan manifesto palsu PH pada PRU 2018.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This